Sunday, February 8, 2009

Pantun Nasihat

( I )

Buat jenayah seludup rokok,
Didakwa atas kesalahan berat,
Hukumnya sunat memakai songkok,
Wajib pula menutup aurat.

Suka tersenyum selalu ceria,
Asyik ketawa sehingga alpa,
Walau sibuk urusan dunia,
Bekalan ke akhirat jangan dilupa.

Selepas tujuh nombor lapan,
Sebelum sembilan lapan juga,
Tutur kata mestilah sopan,
Tingkah laku perlu dijaga.

Harum baunya minyak wangi,
Letaknya pula dalam peti,
Orang muda perlu disayangi,
Orang tua perlu dihormati.

Kasih bertaut penuh setia,
Bertolak ansur sepanjang masa,
Jika hidup hendak bahagia,
Selalulah kita bertimbang rasa.


( II )

Kanak-kanak selalu berkelahi,
Amat sukar untuk leraikannya,
Anak-anak kurniaan Ilahi,
Asuhlah mereka dengan sebaiknya.

Hidup bergantung wang saraan,
Bekerja malas orang menyampah,
Apabila dewasa kecapi kejayaan,
Jangan dilupa ibu dan ayah.

Seminggu tinggal di dalam wad,
Pesakit dilayan sama rata,
Tuntutlah ilmu hingga ke liang lahad,
Itulah tuntutan agama kita.

Manusia suka membuat janji,
Tapi jarang semuanya ditepati,
Orang susah jangan dikeji,
Patutlah kita berasa simpati.

Adik geram abang menyakat,
Emak marah sambil menyapu,
Hidup aman dalam masyarakat,
Jika kita saling membantu.

0 comments: