Monday, February 16, 2009

Welcome To My Blog...


Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Terima kasih kepada yang mengunjungi blog saya ini. Rasanya tiada apa yang menarik di dalam blog ini, namun saya mengalu-alukan kunjungan anda semua. Ini adalah pertama kali saya menulis blog, jadi rasanya agak ketinggalan berbanding rakan-rakan yang lain. Dan pada kesempatan ini baru saya dapat mengisi ruangan yang terdapat dalam blog ini berikutan beberapa masalah yang terpaksa dihadapi. Secara jujurnya, saya memang seorang yang minat dalam hal-hal penulisan terutamanya untuk karya sastera, tetapi disebabkan keterbatasan waktu, saya jarang dapat meluangkan masa untuk melakukannya. Apatah lagi sekarang ini saya telah kehilangan sesuatu yang menjadi nyawa kepada setiap pelajar iaitu laptop saya. Komputer riba saya telah rosak sejak awal semester ini dan tidak dapat diperbaiki sehingga kini. Saya mengambil keputusan untuk tidak membaikinya kerana ia akan melibatkan sejumlah kewangan yang agak besar dan belum tentu lagi ia dapat berfungsi dengan baik sekiranya dihantar untuk baikpulih. Oleh itu, saya menghadapi masalah untuk memperkemaskan blog saya kerana semua dokumen yang disimpan termasuklah gambar-gambar kenangan. Ini menyebabkan saya kekurangan bahan untuk blog. Bukan itu sahaja, masalah ini juga turut melibatkan tugasan-tugasan lain. Jadi, saya juga berharap agar rakan-rakan dapat memahami masalah ini kerana saya terpaksa mencari jalan lain untuk menyiapkan setiap tugasan termasuklah menggunakan komputer rakan lain ataupun pergi ke pusat siber. Saya amat berterima kasih kepada rakan sebilik yang membantu dan sanggup memberi pinjam laptopnya kepada saya apabila dia tiada kerja yang perlu dilakukan. Saya mohon maaf sekiranya kunjungan anda ke blog saya tidak memuaskan hati tetapi saya cuba yang terbaik kerana ini juga akan melibatkan pemarkahan dalam kursus Pengurusan Perkhidmatan Kaunseling.

0 comments: