Monday, February 16, 2009

Welcome To My Blog...


Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Terima kasih kepada yang mengunjungi blog saya ini. Rasanya tiada apa yang menarik di dalam blog ini, namun saya mengalu-alukan kunjungan anda semua. Ini adalah pertama kali saya menulis blog, jadi rasanya agak ketinggalan berbanding rakan-rakan yang lain. Dan pada kesempatan ini baru saya dapat mengisi ruangan yang terdapat dalam blog ini berikutan beberapa masalah yang terpaksa dihadapi. Secara jujurnya, saya memang seorang yang minat dalam hal-hal penulisan terutamanya untuk karya sastera, tetapi disebabkan keterbatasan waktu, saya jarang dapat meluangkan masa untuk melakukannya. Apatah lagi sekarang ini saya telah kehilangan sesuatu yang menjadi nyawa kepada setiap pelajar iaitu laptop saya. Komputer riba saya telah rosak sejak awal semester ini dan tidak dapat diperbaiki sehingga kini. Saya mengambil keputusan untuk tidak membaikinya kerana ia akan melibatkan sejumlah kewangan yang agak besar dan belum tentu lagi ia dapat berfungsi dengan baik sekiranya dihantar untuk baikpulih. Oleh itu, saya menghadapi masalah untuk memperkemaskan blog saya kerana semua dokumen yang disimpan termasuklah gambar-gambar kenangan. Ini menyebabkan saya kekurangan bahan untuk blog. Bukan itu sahaja, masalah ini juga turut melibatkan tugasan-tugasan lain. Jadi, saya juga berharap agar rakan-rakan dapat memahami masalah ini kerana saya terpaksa mencari jalan lain untuk menyiapkan setiap tugasan termasuklah menggunakan komputer rakan lain ataupun pergi ke pusat siber. Saya amat berterima kasih kepada rakan sebilik yang membantu dan sanggup memberi pinjam laptopnya kepada saya apabila dia tiada kerja yang perlu dilakukan. Saya mohon maaf sekiranya kunjungan anda ke blog saya tidak memuaskan hati tetapi saya cuba yang terbaik kerana ini juga akan melibatkan pemarkahan dalam kursus Pengurusan Perkhidmatan Kaunseling.

Sunday, February 8, 2009

Kata - kata Indah

" Berkawanlah selagi ada hati
Bercintalah selagi ada yang sudi
Bergembiralah selagi ada teman di sisi
Ingatlah saya selagi
Terasa ianya bererti."

" Cinta sebenarnya sering menyakitkan
Tetapi seandainya kita tahu menilai
dan mengawal ia akan bertukar
Menjadi sesuatu yang paling indah
dan mengasyikkan."

" Kaum lelaki sering mempersoalkan kelemahan wanita
kerana sering mengalirkan air mata
Tetapi segagah-gagah dan perwiranya lelaki
Sedarlah bahawa suatu hari nanti mereka juga
akan mengalirkan air mata syahdu
Alangkah misterinya cinta seseorang wanita
yang dianggap lemah
Sehingga boleh mengalirkan air mata seorang wira !
Aneh, tetapi itulah hakikatnya."

" Tak terasa bila dia pergi, tapi sedih bila tak kembali
Mencari di hati suci, lebih indah dari memiliki
Tapi, tak menghargai dia datang tanpa seruan
Dia pergi tanpa alasan, kejarlah dia
sebelum hilang dari pandangan,
Kerana hadirnya ia adalah anugerah tiada tandingan."

" Manis pertemuan pahit perpisahan
Kerana kasih kita bertemu
Kerana Allah kita berpisah
Salam rindu dari Aku."

" Jika kita mencintai seseorang,
Sentiasalah mendoakannya
walaupun dia tidak berada di sisi kita."

" Tuhan memberikan kita dua kaki untuk berjalan,
Dua tangan untuk memegang,
Dua telinga untuk mendengar dan
Dua mata untuk melihat,
Tetapi mengapa Tuhan hanya menganugerahkan
sekeping hati kepada kita?
Kerana Tuhan telah memberikan sekeping lagi hati
pada seseorang untuk kita mencarinya...
Itulah cinta."

" Jangan sesekali mengucapkan SELAMAT TINGGAL...
Jika masih mahu mencuba
Jangan sesekali menyerah jika masih sanggup
Jangan mengatakan tidak mencintainya,
Jika masih tidak dapat melupankannya."

" Cinta datang kepada yang masih mempunyai harapan,
Walaupun mereka telah dikecewakan..."

Ciri Wanita Solehah

1. Taat dan menyenangkan hati ibu

2. Menjaga agamanya (satu keuntungan)

3. Mentaati suami dan menjaga kehormatan diri ketika ketiadaan suami

4. Bersederhana dan bersikap murni (sebahagian daripada Iman)

5. Tidak menceritakan keaiban suami kepada orang lain

6. Menutup kecantikan kecuali lepada suami, saudara terdekat,
dan kanak-kanak yang belum akil Baligh

7. Bersopan (sebahagian daripada Iman)

8. Duduk di rumah dan tidak mempamerkan hiasan atau kecantikan kepada orang asing

9. Menjaga pergaulan antara lelaki dan wanita

Pepatah Arab

" Janganlah berkata sombong mengomongkan si dia kepunyaanku, kerana hakikatnya kita tidak pernah memiliki sesiapa di dunia ini walau secebis hati seorang manusia. Hukum alam ini mengatakan bahawa mencintai tidak semestinya memiliki... "

* Agama menjadi sendi hidup, pengaruh menjadi penjaganya. Kalau tidak bersendi, runtuhlah hidup dan kalau tidak berpenjaga, binasalah hayat. Orang yang terhormat itu kehormatannya sendiri melarangnya berbuat jahat.

- Pepatah Arab -


* Ambillah waktu untuk berfikir,
itu adalah sumber kekuatan...

* Ambillah waktu untuk bermain,
itu adalah rahsia dari masa muda yang abadi...

* Ambillah waktu untuk berdoa,
itu adalah sumber ketenangan...

* Ambillah waktu untuk belajar,
itu adalah sumber kebijaksanaan...

* Ambillah masa untuk mencintai dan dicintai,
itu adalah hak istimewa yang diberikan Tuhan.

Riwayat

Abdullah Bin Mas'ud

" Apabila seorang wanita mencuci pakaian suaminya,
maka Allah mencatat baginya 1000 kebaikan,
diampunkan 2000 kesalahan bahkan segala sesuatu
yang disinari matahari akan memohon ampun baginya
dan Allah mengangkat 1000 darjat untuknya..."

  • Akal wanita setipis rambutnya, tebalkan ia dengan Ilmu...
  • Hati wanita separuh kaca, kuatkan ia dengan Iman...
  • Perasaan selembut sutera seorang wanita, hiasilah ia dengan Akhlak...

Guru Oh Guru

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa,

Jika hati ini seorang Raja menaiki takhta,

Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara,

Jika hari ini seorang Ulama yang mulia,

Jika hari ini seorang Peguam menang bicara,

Jika hari ini seorang Penulis terkemuka,

Jika hari ini siapa saja menjadi dewasa,

Sejarahnya bermula oleh seorang guru biasa,

Dengan lembut sabarnya mengajar tulis baca...


- Usman Awang –

Rahsia 7 Perkara Di Sisi ALLAH

Dalam seminggu tujuh hari,
Berbagai nikmat telah diberi,
Cubalah lihat, renung dan kaji,
Agar faham dan tahu mensyukuri.

Hari Ahad yang kita cuti,
Hari dicipta bintang dan bumi,
Tujuh lautan dan tujuh api,
Tujuh neraka yang telah pasti.

Hari Isnin juga diseri,
Lahir Rasulullah penghulu Nabi,
Hari Jibrail turun menemui,
Membawa wahyu Rabbul Izzati.

Betapa pula di hari Selasa,
Wafatnya Nabi Zakaria dan Nabi Yahya,
Meninggal Habil Putera Adam a.s tercinta,
Juga Asiah isteri Firaun durjana.

Hari Rabu Hari Kehancuran,
Qarun, Fir’aun dan Namrud bin Kan’an,
Kaum Hud, kaum Saleh a.s dan sekelian,
Sebagai tanda murkanya Tuhan.

Hari Khamis ramai yang berhijrah,
Masuk Rasulullah ke kota Mekah,
Nabi Ya’kub a.s juga Musa nabi Allah,
Datang ke Mesir menyambung dakwah.

Hari Jumaat pernikahan Adam dan Hawa,
Nabi Yusuf a.s dengan Zulaikha,
Sayyidina Ali dengan Fatimah wanita mulia,
Juga nabi Sulaiman a.s dengan Ratu Balqis yang kaya.

Hari Sabtu berlakunya tipu daya,
Kaum Nuh kepada nabinya,
Tipu daya Fir’aun kepada Musa,
Juga Yahudi kepada Isa,
Mungkin peringatan kepada kita,
Agar lebih waspada urusan dunia.

Sumber : Majalah Ujang

Suara Alam

Adakalanya suara alam itu mengerikan
Sesekali pula ia amat menggerunkan
Pernah jua ia menakutkan
Kerap pula ia mencemaskan.

Namun dalam kengerian itu
Ada rahmat dan nikmatnya
Dalam kegerunan itu
Ada nikmat dan keseronokannya
Dalam menakutkan itu
Ada kepuasan dan kebahagiaannya
Dalam mencemaskan itu
Ada kebahagiaan dan kelainannya.

Dan kerana kelainan itulah
Menjadikan manusia kegilaan dan berkeinginan
Menerokai dan menjejaki usulnya
Kerana suara alam itu sebenarnya mendamaikan
Merdu dan mengasyikkan
Kerana ia ciptaan Tuhan
Bukannya suara rock dan dangdut
Ciptaan manusia yang kalut...

Pesanan Imam Ghazali

1. " Wahai Anakku ! Apabila gurumu sedang mengajar,
bukalah matamu luas-luas dan renungilah wajah guru kamu..."

2. " Wahai Anakku ! Apabila gurumu mengajar,
bukalah telingamu sehingga engkau dapat 'melihat' apa yang dikatakan oleh gurumu..."

3. " Wahai Anakku ! Apabila gurumu mengajar,
tutup mulutmu rapat-rapat kecuali jika ingin bertanya atau menjawab..."

4. " Wahai Anakku, ketahuilah bahawa menjawab pertanyaan gurumu adalah wajib..."

Hujan Waktu Pagi

Hujan turun membasahi bumi
Di waktu pagi...
Di waktu ramai yang masih tidur
Dibaluti selimut dan
Diulit mimpi-mimpi indah
Dek kerana kedinginannya
Dan juga keasyikan
Olehnya...

Kampungku yang permai,
Damai sungguh pagi ini,
Walau sejuk dan dingin
Hujan turun...
Menusuk hingga ke kalbuku
Namun,
Kugagahkan jua..
Menghampiri jendela
Melihat keindahan dan
Menghirup udara segar darinya...

Burung-burung berkicauan
Sesama sendiri...
Seakan meraikan nikmat dan rahmat
Yang diberikan...
Tumbuh-tumbuhan pula,
Berdiri teguh, subur dan segar
Dek kerana bermandikan hujan.

Oh, Tuhanku!
Ku bersyukur kepadaMu,
Kerana maĆ­z diberikan nyawa
Untuk menghayati dan menghargai
Nikmat serta keindahan alam
ciptaanMu ini,
Hujan…

Bulan Mulia

( I )

Bulan Ramadhan bulan mulia,
Disambut dengan penuh keinsafan,
Selama sebulan kita berpuasa,
Makan dan minum mesti ditahan.

Walaupun Ramadhan tiada syaitan,
Hendaklah dijaga kata dan amalan,
Waktu bersahur jangan dicepatkan,
Waktu berbuka jangan dilewatkan.

Menacri pahala dan keredhaan,
Bukan dengan berdiam diri,
Keindahan syurga menjadi khayalan,
Berzikir, bertahmid merendah diri.

Berpuasa elok bagi kesihatan,
Bersenam pagi di tanah datar,
Malam 7 likur menjadi buruan,
Beribadat mencari malam lailatulqadar.

Terasa sayang meninggalkan Ramadhan,
Bulan mulia penuh barakah,
Harap berjumpa tahun hadapan,
Membuat pahala dan juga ibadah.


( II )

Bahang Aidilfitri kian terasa,
Ketupat, rendang sudah disediakan,
Sebulan sudah kita berpuasa,
Tibalah masa raikan kemenangan.

Berbaju melayu bersamping songket,
Segak bergaya lelaki Melayu,
Kelihatan hidup karya potret,
Indahnya wajah gadis Melayu.

Kunjung-mengunjung sanak saudara,
Bermaaf-maafan sesama indan,
Jangan disimpan hati yang lara,
Hubungan saudara dilupa jangan.

Pagi raya menziarahi kubur,
Bersedekahkan Yasin dan bacaan doa,
Agar sejahtera aman dan makmur,
Pada mereka yang telah tiada.

Manusia dilahirkan sifatnya sama,
Jalinkan hubungan sesama kita,
Berbeza agama berlainan bangsa,
Tidak mengenal berapa usia.

Kehidupan Manusia Masa Kini

Betapa selesanya kehidupan manusia masa kini...
Dikelilingi kemewahan harta benda
Kecapi nikmat kebahagiaan,
kedamaian dan keamanan..
perjalanan hidup
penuh dengan khayalan
duniawi semata-mata.

Tapi,
Terkadang kita taksir,
Lupa kepada mereka...
Yang memerlukan bantuan,
Keprihatinan dan belas ihsan.

Di sini...
Masih ramai dibelengggu kemiskinan,
Kehidupan yang serba kekurangan
Dan serba kedaifan...
Penyakit datang silih berganti,
Mengharapkan simpati
Saudara yang lain.

Di sana...
Kemelut sengsara merantai jiwa
Setiap masa dibayangi ketakutan,
Menderita kehilangan...
Keluarga dan harta benda,
Hancur hati..
Parah jiwa..
Menjadi pelarian di negara sendiri.

Namun,
Keadaan yang kalut boleh diubah,
Sifat kikir minta dijauhkan..
Keakuan diri dihapuskan
Silaturrahim yang terputus kembali dijalin
Kesedaran dalam hati dan minda ditingkatkan
Kerna...
Tiada satupun di fana ini
Akan kekal selamanya...
Sedarlah...insaflah...
Wahai manusia yang lemah!

Pantun Nasihat

( I )

Buat jenayah seludup rokok,
Didakwa atas kesalahan berat,
Hukumnya sunat memakai songkok,
Wajib pula menutup aurat.

Suka tersenyum selalu ceria,
Asyik ketawa sehingga alpa,
Walau sibuk urusan dunia,
Bekalan ke akhirat jangan dilupa.

Selepas tujuh nombor lapan,
Sebelum sembilan lapan juga,
Tutur kata mestilah sopan,
Tingkah laku perlu dijaga.

Harum baunya minyak wangi,
Letaknya pula dalam peti,
Orang muda perlu disayangi,
Orang tua perlu dihormati.

Kasih bertaut penuh setia,
Bertolak ansur sepanjang masa,
Jika hidup hendak bahagia,
Selalulah kita bertimbang rasa.


( II )

Kanak-kanak selalu berkelahi,
Amat sukar untuk leraikannya,
Anak-anak kurniaan Ilahi,
Asuhlah mereka dengan sebaiknya.

Hidup bergantung wang saraan,
Bekerja malas orang menyampah,
Apabila dewasa kecapi kejayaan,
Jangan dilupa ibu dan ayah.

Seminggu tinggal di dalam wad,
Pesakit dilayan sama rata,
Tuntutlah ilmu hingga ke liang lahad,
Itulah tuntutan agama kita.

Manusia suka membuat janji,
Tapi jarang semuanya ditepati,
Orang susah jangan dikeji,
Patutlah kita berasa simpati.

Adik geram abang menyakat,
Emak marah sambil menyapu,
Hidup aman dalam masyarakat,
Jika kita saling membantu.

Untuk Sahabatku...

Saat genting hampir tiba,
Memohon doa agar berjaya,
Hubungan persahabatan telah dibina,
Moga kekal hingga akhirnya.

Seronok berkawan tak kira bangsa,
Seronok belajar tak kira usia,
Sentiasa usaha tak kira masa,
Harapan berjaya sentiasa ada.

Jangan lalai serta leka,
Hadapi hidup kian mencabar,
Dugaan pahit bercampur duka,
Tempuhi ia dengan sabar.

Jangan berjalan di atas bara,
Kalau tak cukup ilmu di dada,
Hidup di dunia hanya sementara,
Akhirat juga diingat sentiasa.

Gubahan puisi indah dikarang,
Terbentang langit menjadi hamparan,
Pabila jauh di tempat orang,
Kampung halaman dilupa jangan.

Terapkan diri jiwa yang tulus,
Pendorong hidup di alam maya,
Sentiasa usaha tidakkan putus,
Itulah tanda orang berjaya.

Rumah dihias seindah taman,
Indah lagi ciptaan Yang Esa,
Ikuti Sunnah sebagai pedoman,
Menyuluh terang jalan di dunia.

Berdegup kencang bergetar jiwa,
Bahang perang makin diduga,
Carilah sahabat berhati mulia,
Hidup aman di usia senja.

Kayu bendera sudah dipacak,
Maju mara teruskan pendakian,
Marilah bersama menuju puncak,
Mencapai matlamat menggapai impian.

Meniti kehidupan bukanlah mudah,
Usia remaja usah dicabar,
Janganlah pula mencari padah,
Badan merana jiwa tercalar.

"Hidup di dunia hanya sekali, gunakanlah peluang ini sebaik-baiknya...
Semoga berjaya dan bahagia untuk kehidupan di dunia dan akhirat..."

Sahabat Sejati

Tidak ramai sahabat
Yang kukenali sepertimu...
Periang, bertimbang rasa,
Memahami dan
Wajahmu sentiasa ceria,
Bertemu denganmu
Mengundang pelbagai cerita
Suka dan duka antara kita.

Sahabat,
Terkadang aku merasakan
Diri ini tidak layak
Bersahabat denganmu,
Kau punya segalanya...
Wajahmu yang manis dan menawan
Miliki pelbagai kelebihan diri,
Juga kedudukan istimewa antara rakan dan masyarakat.

Tapi,
Kau menyangkal apa yang kufikirkan
Paras rupa, pangkat dan harta benda
Bukan ukuran dalam persahabatan,
Masing-masing punya kelebihan
Dan keistimewaan tersendiri,
Itu yang membuatku sedar
Akan nilai persahabatanmu
Yang murni terhadapku…

Tarima kasih wahai sahabat,
Kerana sudi menerimaku sebagai teman,
Aku kagum denganmu
Sesungguhnya dikaulah...
Satu antara seribu permata sejati
yang pernah kumiliki...

Kebangkitan

Saatku hadir...
Kau diam membisu
Tarpaku tanpa kata
Hanya memandang tiada makna...

Saatku di sini...
Kau langsung tidak bermaya
Terkaku tanpa tindakan
Hanya melihat tanpa niat...

Saatku pergi...
Kau mungkin datang mendekatiku
Terluah segala kata dan rasa
Hanya bicara pendorong hati
Penyambung kasih yang tak mungkin pasti...

Setiap yang datang akan kembali
Setiap yang pahit ada manisnya
Setiap yang hitam ada putihnya
Setiap yang rosak ada gantinya
Dan setiap yang gagal akan ada jayanya...

Berjaya atau tidak
Bukan guru dan ibu bapa
Bukan juga rakan taulan yang menentukan...
Tapi,
Diri sendiri menjadi titik tolak
Penentu jatuh bangunnya seseorang...
Jangan putus asa
Bangkit berusahalah
Agar kejayaan dalam genggaman
Menjadi milik sendiri...

Pantun Merdeka

Kurung pakaian tradisional lama,
Anggun digaya seorang wanita,
Tanah Melayu kau bertukar nama,
Menjadi Malaysia yang kucinta.

Ada negara berfahaman komunis,
Bertindak mentadbir bagai gerila,
Dari Portugis hingga ke Inggeris,
Engkau dijajah tanpa rela.

Kari dimasak seenak rasa,
Hidangan tersedia pembuka selera,
Sultan dan pembesar kehilangan kuasa,
Masyarakat hidup derita sengsara.

Lembu dibawa ke padang ragut,
Rumput dimakan dengan selamba,
Dipaksa, diseksa, dikerah dan diugut,
Rakyat bekerja seperti hamba.

Kayu sebatang dipijak patah,
Lalu dibaji ia hingga tajam,
Siapa engkar menurut perintah,
Mereka mereka dibunuh kejam.

Anak pandai rajin belajar,
Kuatkan azam penuh di dada,
Kurang makanan penyakit menular,
Kemudahan terhad rawatan tiada.

Pantai Langkawi indah menawan,
Bagaikan syurga di waktu petang,
Tak sanggup lihat semua penyiksaan,
Pahlawan Melayu bangkit menentang.

Anak nakal wajar disebat,
Perlu juga belas kasihan,
Walaupun serangan penjajah hebat,
Pahlawan Melayu tetap bertahan.

Dara bergaya memakai suasa,
Ke Sungai Lara pergi membasuh,
Rela berjuang sepanjang masa,
Tiada gentar ancaman musuh.

Tempoh mengandung penuh sengsara,
Lahirnya si anak seorang putera,
Bangkit berjuang menuntut merdeka,
Demi pertiwi pemimpin negara.

Peluh menitis terus mengalir,
Berderau darah terima tepukan,
Laungan “MERDEKA” di Padang Hilir,
Tunku Abdul Rahman Bapa Kemerdekaan,

Burung kelicap di dahan cempaka,
Buah pinang pecah di laman,
Sumpah perajurit di bumi merdeka,
Jasa dikenang zaman-berzaman.

Alunan suara penuh syahdu,
Hati sebak menahan rasa,
Pelbagai bangsa hidup berpadu,
Bersatu di bawah satu bahasa.

Pemuda pemudi ke sana sini,
Saling mengenali sesama mereka,
Masyarakat Malaysia aman harmoni,
Bersama pertahan negara merdeka.